BUKU
Pencapaian akademik sentiasa diutamakan. Konsep “Amal Jariah Ilmu” diguna pakai bagi melahirkan insan berfikiran optimistik, maju, berdaya saing dan fleksibel, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
RODA GEAR
Aspek kemahiran, penyerapan sains dan teknologi sentiasa dititikberatkan ke dalam diri murid bagi melahirkan para pelajar yang cekap, berdaya saing dan berteknologi seiring dengan kemajuan dunia teknologi masa kini.
LIMA BULATAN
Semangat kesukanan dan pelbagai gerak kerja kokurikulum menjadi panduan utama dalam melahirkan pelajar yang sempurna dan cemerlang. Ia juga merupakan gandingan sikap kerjasama, toleransi dan integrasi utuh di kalangan warga SKTSP.
TIGA ANAK PANAH
Penyatupaduan usaha di kalangan guru-guru dan masyarakat setempat dalam membawa kecemerlangan dan kegemilangan para pelajar SKTSP ke arah kemajuan dan kejayaan selaras dengan sembilan prinsip cabaran Wawasan 2020.
No comments:
Post a Comment