I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, May 16, 2011

Lagu Rasmi Sekolah

Kami dididik sempurna
Tabah usaha jaya
Panduan guru kami patuhi
Rajin berusaha
Hiasan diri budaya ilmu
Berdaya maju

Demi ibu bapa dan juga guru
Kami sedia berjuang
Ilmu yang diberi kami amalkan
Sinar masa hadapan

Sekolah Taman Sri Pulai
Jasamu kukenangi
Hidupku kini bergemelapan
Menuju wawasan.
Lagu : Zainal Abidin Bin Ali
Lirik  : Zainal Abidin Bin Ali
Tahun : 1995

Logo Sekolah & Ertinya



BUKU

Pencapaian akademik sentiasa diutamakan. Konsep “Amal Jariah Ilmu” diguna pakai bagi melahirkan insan berfikiran optimistik, maju, berdaya saing dan fleksibel, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

RODA GEAR

Aspek kemahiran, penyerapan sains dan teknologi sentiasa dititikberatkan ke dalam diri murid bagi melahirkan para pelajar yang cekap, berdaya saing dan berteknologi seiring dengan kemajuan dunia teknologi masa kini.

LIMA BULATAN

Semangat kesukanan dan pelbagai gerak kerja kokurikulum menjadi panduan utama dalam melahirkan pelajar yang sempurna dan cemerlang. Ia juga merupakan gandingan sikap kerjasama, toleransi dan integrasi utuh di kalangan warga SKTSP. 

TIGA ANAK PANAH

Penyatupaduan usaha di kalangan guru-guru dan masyarakat  setempat dalam membawa kecemerlangan dan kegemilangan para pelajar SKTSP ke arah kemajuan dan kejayaan selaras dengan sembilan prinsip  cabaran Wawasan 2020.

 

Rahsia Mengira

Contoh 1:
1062 = ?

Ini rahsianya! 




Sila amati rahsia untuk menjawab soalan di atas. 



Ingat angka hujung pada nombor 106. Angka hujungnya adalah 6. 




Sekarang, tambahkan angka 6 itu pada angka nombor 106 tadi seperti di bawah:

106
    + 6 
= 112

Angka 6 yang dicampur kepada nombor 106 dengan sendirinya menjadi bezantara antara nombor 106 dengan 112. 
Seterusnya, gandakan bezantara nombor 112 dengan 106 iaitu 6 seperti di bawah ini.
62= 36

Sekarang, gabungkan kedua-dua nombor: 112 (hasil campuran 106 dengan 6) dengan 36 (gandaan bezantara nombor 112 dengan 106) tersebut seperti begini:




112 digabung dengan 36 => 11236

(Nombor besar (112) di sebelah kiri manakala nombor kecil (36) di sebelah kanan)


Oleh itu, jawapannya adalah 11,236!



Sekarang, anda boleh periksa jawapannya sama ada betul atau tidak dengan bantuan mesin pengira.

Contoh 2:
962 = ?
Dalam kes ini pula, fikirkan angka bundaran atau angka ratus terhampir dengan 96. Angka bundaran yang terdekat ialah 100. 



Angka gandaan bundaran yang terdekat ini mudah kita mengetahui jawapannya: 100 x 100 = 10000. (Ingat 1 x 1 = 1 dan ingat pula ada empat angka 0.) Oleh itu, jawapannya adalah mudah: 10,000.


Berasaskan kemudahan tersebut, sekarang, fikirkan bezantara 100 dan 96. Bezantaranya adalah 4. 

Seterusnya, tolak bezantara tadi yakni 4 daripada nombor 96. Hasilnya ialah 92. (Angka 4 perlu ditolak semula kerana 4 adalah dipinjam.)


Seterusnya, gandakan bezantara 96 dengan 100 itu iaitu 4 seperti di bawah:


2
= 16

Sekarang, gabungkan nombor 92 dengan jumlah hasil gandaan bezantara 4 iaitu 16.

Nombor 92 digabung dengan Nombor 16 => 9216


Oleh itu, jawapannya adalah tidak lain dan tidak bukan = 9,216!
Menakjubkan!  
Sekarang, anda BOLEH! Insyaalah

DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK-TEKNIK TADI, CUBA SELESAIKAN MASALAH-MASALAH DI BAWAH INI:
1. 94 = ?
2. 892 = ?
3. 1132 = ?